Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang amat aku hargai.. rini aku nak citer pada ko orang semua pasal pengalaman aku dan YUN NAM. Citernya macam ni...semalam aku gi buat rawatan rambut.. ala kononnye nak cuba la keberkesanan rawatan yang YUN NAM sediakan pada pelanggan dia. Huh!!!! mula-mula aku gi buat pendaftaran kol 2 petang!! masa tuh ada arr satu family ni..dia pun cuba jugak kot rawatan kat situ.. huhuhu.. macam mesra alam jek YUN NAM hair care punya staff...aku pun macam "OK kot rawatan kat situ" dah la aku tak bawak satu sen pun masa tuh! cuma kredit Kad jek yang aku bawak..ye la rawatan percuma untuk satu sesi percubaan...
lepas tu adalah sorang mamat ni.. pun bagi aku macam poyo arr lagaknya.. huhuhu. tgk dia rambut macam lebat... mgkn dia pun amik rawatan kat situ..maka sampai la turn aku...aku di bawa ke satu bilik untuk consultation pasal rambut aku.. huhuhuhu.... banyak pulak sesi keterangan yang orang tu bagi.. pergh bosan aku mendengar leteran minah tu.. dah la cakap satu hape pun aku tak paham.. semua yang dia cakap tuh.. macam aku nak gelak...aduh!!! pelat semacam.. aku pelik.. lahir dan hidup kat malaysia ni dari kecik.. tapi masih tak boleh lagi cakap bahasa kebangsaan dengan lancar.. kalo dia orang tu dari China ke, india ke, jepun ke, kemboja ke masih lagi aku boleh terima.. ni orang malaysia sendiri..menang kaum "C" kat malaysia ni tak boleh di banggakan langsung...
hampir sejam dia membebel.. lepas tu.. terus dia mulakan proses dan perkhidmatan yang disediakan... huhuhu.. masa sejam dia membebel tu.. dia tak cakap pun keseluruhan kos yang perlu aku bayar kalo aku teruskan treatment kat situ.. lepas tu aku tak la pikir apa sangat... buat cam biasa jer arr..lepas semua proses siap.. aku di bawak lagi ke bilik consultation mereka... masa tu baru lah aku terkejut...BESARRRRRRRRRRR!!!! kalo ko orang semua nak tahu.. 3 Bulan rawatan aku yang dikenekan berjumlah RM4988.00 lepas tu dia mintak aku kredit kad.. dia kata dia hanya mau check sahaja.. aku pun bagi arr... rupa2nya.. dia swap terus.. maka terikat la aku punya treatment kat situ.. benggang betol aku.. nasib baik dalam tu cuma hanya tinggal RM600 jek.. lepas Puaka2 tu swap kredit kad aku.. maka cukuplah penggunaan maksimum kredit kad(limit RM2000) aku, tapi masih tak cukup lagi aku punya bayaran.. lepas tu.. yang paling teruk lagi.. mereka suruh aku apply kredit kad baru..siap mereka bawak kan borang untuk aku apply kredit kad(UOB)... aku dengan tegas gitau mereka.. aku tak berminat nak apply kredit kad.. lepas tu mereka pujuk.. cakap tak pe... kita gunakan cara lain...
Mereka kata mereka mau check kalo ada student promotion algi ketidak.. aku duduk dalam bilik consultan tu ... lepas 10 minit dia gi check... kendian dia gi tau.. yang promotion tu masih ada lagi..total RM1800 aku kene bayar..jadi tolak RM600 yang aku dah bayar baki tinggal RM1200.. lepas tu dia aku bayar cash terus RM1200.. perghhhh aku lagi la benggeng.. aku ckp dia terus terang.. I LANGSUNG TAK DA DUIT!!!!.. kendian dia cakap lagi.. tak pe.. nanti i pergi check kalo ada promotion lain lagi tak! 10 minit lagi dia kuar.. lepas tu masuk dia kata boleh teruskan treatment tapi YUN NAM hanya bagi 5 herbal saja.. 2 kali sesi rawatan... total RM1200, jadi tolak ngan RM600 yang aku dah bayar.. baki tinggal RM600 lagi.. so dia kata aku jangan panik.. sbar yerk.. lepas tu aku cakap aku tak berminat lagi..
boleh plak dia kata.. tak pe lagi.. You datang next session you baru bayar RM600 tu.. aku ulang sekali lagi yang aku tak da duit nak bayar terus.. dia kata bayar ansuran RM300 setiap kali datang sesi rawatan.. aku diam jek(dalam hati aku nak jek gitau yang aku ni bukan orang senang). Logiknyer, mana la aku nakcari duit.. gai aku pun gaji bulan.. huh.. aku betol2 rasa tertipu...orang2 kat YUN NAM tu memang tak guna la.. makan duit orang jek... nak bayar sekali gus kalo dapatkan rawatan kat situ... lagi lama customer dapatkan raawtan.. lagi banyak la duit yang YUN NAM makan!!!!!
menyesal pun tak guna da aku ni.. ingat semua pembaca.. jangan sesekali cuba YUN NAM.. dan satu lagi,.. sesi rawatan percuma tu macam tak da pun.. ko orng still kene bayar RM100.. memang dalam dunia ni.. tak da yang free...